Hari ni first time aku update blog, sebelum ni ada buat sekali dua juga blogger tapi dah lama tak buka lupa password lak. so, lepas buka blog beberapa orang member aku, rasa best pula berkongsi segala cerita-cerita yang menarik dalam blog ni. kali ni aku takkan lupa password lagi:)
Hari ni memang hari yang menyedihkan bagi aku, tuhan ambil nyawa seorang rakanku dalam sekelip mata sahaja. dalam pukul5lebih macam tu after sejam lebih aku tidur, kakak aku kejutkan aku daripada tidur dan menceritakan bahawa seorang kawanku meninggal dunia dalam 1kemalangan jalan raya. rasa nak marah je kakak aku tu, aku fikir dia main-main, then aku cepat-cepat keluar rumah dengan muka yang sebel mengantuk sambil berlari-lari anak pergi rumah jiran aku iaitu salah seorang kawan baik arwah. memang betul apa yang telah diperkatakan oleh kakak aku. aku cuba tabahkan hati juga, melihat wajah-wajah sahabatnya yang suram, aku tahu mereka semua terkilan atas pemergian amry. aku tahu diorang semua rapat dengan amry berbanding aku, tapi kenangan arwah yang belanja aku tahun lepas keluar makan dengan CUNA, QYLA, NATASHA memang aku takkan lupakan sampai bila-bila. time tu aku jeles gila tengok dia dengan CUNA buat drama filem hindustan:( amry amry, kau masih muda lagi tapi kenapa kau pergi lagi awal daripada aku? semua adalah suratan takdir bukan? semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. al-fatihah.
